Kelas ICT – Kuiz Microsoft Word

13 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengulangkaji peserta tentang alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Word yang telah dipelajari.

Dalam kelas ini, peserta dikehendaki untuk mengenalpasti dan melabel perkataan yang betul tentang Microsoft Word menggunakan template Quiz di laman web Wordwall. Peserta diminta untuk maju ke hadapan dan mengisi tempat kosong di Smartboard. Markah akan dikira berdasarkan jumlah huruf yang diisi dalam tempat kosong dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali